my sayangness

Tuesday, February 18, 2014

itu yang terbaik..

assalamualaikum..

baru je lepas siapkan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) untuk esok. Ada kerajinan di situ. Gigih sangat malam ni. Bukan ape kalo nak tunggu hari jumaat baru nak siapkan memang tak cukup tanah la aku menulis. Esok kene mengajar tatabahasa dan karangan. Seriuosly, aku tak reti nak ajar Bm. Bukan opsyen aku. Bukan jiwa aku. Bukan kemahiran aku Bm ni. BM ni sangat susah nak ajar. Orang yang betul-betul mahir dan minat sahaja boleh ajar BM ni. Bukan apa, bahasa sangat complicated nak ajar dan terang. Yer, aku cuba mengajar dengan baik. Tapi at the same time aku sendiri tak puas hati bile aku mengajar, Sebab aku memang tak reti nak explain more kepada budak-budak. Aku hanya menyampaikan fakta dan beberapa contoh. Dan yang selebihnya, berserah. Huhuhu..

sapa tak kecewa tak dapat ajar ape yang kita minat? tak dapat ajar ape yang kita belajar dulu. Tapi nak wat macam mana, memang kene mengajar bukan opsyen. Ape yang ALLAH bagi tu adalah terbaik untuk hambanya. Mungkin tak dapat opsyen lagi sebab ALLAH nak bagi aku belajar dan kutip pengalaman dalam bidang bahasa dulu, ye dak? Be positive. Yang penting kita cuba lakukan yang terbaik di samping berdoa ALLAH permudahkan urusan kita. InshaALLAH one day aku dapat ajar opsyen sendiri. Ameen,,ameen.. 

baru masuk 8 bulan jadi cikgu. Kenapa rasa penat sangat ni? Macam mana nak survive sampai 60 taun ni? Aigo.aigo. Takpe takpe. Mula mula je. Lepas ni inshaALLAH everything will be oke. Biasa la baru nak adapt. :)

Semoga dipermudahkan urusan sentiasa..




Sunday, February 16, 2014

kami je pun yang bujang..=)

assalamualaikum..

kat bumi sarawak sekarang dah lepas maghrib. Penyakit aku yang satu dari kecik sampai sekarang kalau time maghrib je mesti sayu teringat kampung..(T.T)..counting days nak balik kampung je keje.Hari hari duk survey tiket filght.  Teringat bonda nun jauh di Terengganu. WUUU..*lap air mata. 

Tetibe hari ni duk teringat kat kakcik ngn the one and only adik i have. Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..Kami bertiga je pun anak bonda yang belum kawen.  Kalau ade bertekak je keje. Tapi that moments sebenarnye wat kite rindu. Rindu nak gaduh, rindu nak gelak. Dan the most importan things is rindu nak kongsi masalah.Rindu nak cakap heart to heart.

Kakcik.. Beliau seorang yang tegas dan garang hokey! jangan memain ngan dia kalah singa babe..wa cakap luuu.. kalau pagi pagi tengok muka dia, bole berdiri bulu roma..kah3.. tapi she has a really good heart. Garang garang dia pun kalau nak mintak tolong dia akan tolong. Garang garang dia pun, hati dia mudah nak simpati. Garang-garang dia pun she really protect adik adik dia.Garang-garang dia pun, dia jugak yang selalu layan aku punye merapu. Garang-garang dia pun, kete dia jugak aku duk bawak ke hulu ke hilir! Dan yang paling respect, dia sangat kuat dan tabah kalau ade pape masalah. Susah nak nangis. Tak macam aku, cengeng! deng! Kalau teringat part part gaduh ngan dia dulu-dulu, rasa macam rugi je bergaduh. Adik beradik sendiri. Gaduh gaduh pun akak kite jugak,,ye dak? serius rindu kat beliau. *SILA TERHARU KAKCIK* 

adik.. Ni je pun sorang adik yang ade. Dia la racun dia la penawar. Dia la teman bergaduh dia la teman bersembang. Dia jugak tempat mengadu masalah. Walaupun dia anak bongsu, serius tak macam anak bongsu. Sebab she is really independent. Sebab faktor sekeliling kot buat dia mampu berdikari. Respect kat dia. Mane pernah dia duk merengek rengek macam anak bongsu tak cukup umo! Serius dia adik yang tak menyusahkan kakak kakak beliau. Satu yang paling aku bangga ngan dia. Dia sangat sangat bantu bonda. Dia yang paling duk kat umah tu dan paling berjasa kat umah. thanks awok jaga mak. walaupun dia banyak dugaan, tapi sabar dia tahap maksimum. 


Ya ALLAH.. kau rahmatilah dua insan kesayangan hamba ni. Lindungi la mereka dari segala dugaan yang berat ya ALLAH. Permudahkan segala urusan mereka dunia akhirat. Murahkanlah rezeki mereka ya ALLAH. jauhi la mereka dari godaan syaitan.  Semoga mereka sentiasa dalam redhaMU ya ALLAH.. Sesungguh nya aku menyayangi mereka dunia akhirat.. =) 

ameen..ameen ya Rabb..








 

Monday, February 3, 2014

a year after


sungguh lama x bukak blog.. tetibe bangun pagi rasa nak bukak blog ni balik..tengok past past post ya ALLAH banyaknye dah berubah..last post about baru nak abes belajar dari uum..

life totally change..dulu dulu student lagi.. sekarang dah keje..lepas abes belajar sempat keje sementara dulu kat sebuah pasaraya 10 bulan tau..dan sekarang alhamdulillah jadi cikgu dah pun..time flies so fast..seawal umo 24 tahun dah dapat keje tetap..its good enough..syukur..:)

tak sangka dah 7 bulan survive dan menabur jasa kat bumi sarawak..tak pernah terpikir pun..tapii..dah rezeki kat sini..




Tuesday, June 5, 2012

24 days more..

assalamualaikum..

alhamdulillah, first paper done petang tadi.. three more paper to go..next is 14 june. Tanak jauh plak kan. Tapi xpe, ade hikmah sebab paper ni tough so perlu komitmen masa yang lama tuk study. ALLAh knows better right..

sem ni inshaALLAH, will be my last semester as a degree student. Hopefully, everything going smoothly for final exam. Moga ALLAH permudahkan. amin..amin.. nak cepat-cepat abes belajar, nak cepat posting, nak balas jasa mak..promise! ateh tau ateh banyak susahkan mak..sob..sob..

lebih kurang dalam 24 ari lagi berada di bumi sintok. Menghitung hari-hari terakhir di sini. wuwu.. Sape tak seronok kan nak abes belajar. Lepas ni takde beban asemen+presentation+quizes right? tapi sedey giler kot nak tinggalkan kawan-kawan yang sama-sama susah senang. ciknab, roha, fas, mai, dyana, zana, yana, mam, acah, ain, zati,jah,fika,dayah, ops jemah (kiki) ,firus si pemberi nasihat. kwn2 edu acct yg lain, wafa,kina yg penah jadi rumate. Dan kwn-kwn uum yg kenal diri ini..hik3..we share our love here.Sama-sama membesar dan menjadi dewasa..erk dewasa sangat. Sungguh dengan angka empat taun tu, memberi beribu-ribu pengalaman pahit manis. and yes it really means to me. Kalo ingat-ingat kembali, macam mana boleh kenal, macam mane boleh rapat. dan tak sangka kami boleh berkongsi kasih syg. AND i really really love them..wuwu..

rasa nak bagi lambat-lambat je masa berlalu. Nak spent masa sama-sama dengan kawan-kawan. Sebab tu kalau boleh memang nak maksimumkan masa dengan kawan-kawan. nak hangout. Nak main jutaria especially ngn dyana,ciknab,mai,jah. Gelak-gelak. heppy sgt. Nanti maksimumkan tau kite main jutaria.sob.sob. Nak makan sama-sama. Nak lepak sama-sama. yeah,, im gonna gonna miss this. Nak tangkap gambar everytime kuar even pergi makan kat misc je pon. Sebab kenangan tu takkan datang dah..sob.sob. 



so, lagi 24 hari inshaALLAH nak penuhi dengan kenangan dan kegembiraan..Ya ALLAH, rahmatilah hubungan persahabatan kami. Sesungguhnya aku menyayangi mereka kerana mu ya ALLAH. i love them till jannah..:-)


Thursday, May 31, 2012

good luck =)

assalamualaikum..


just a quick update..very very long time tak update blog.. rasa nak menaip pon dah tak reti..
just want to wish here good luck for final exam.. especially teman-teman seperjuangan yang bakal menamatkan sisa-sisa akhir di uum.. do ur best, ALLAH will do the rest....:)



Monday, March 12, 2012

im back

assalamualaikum.. 


lama sudah tak hupdate blog. Bersawang dah blog ni. Nak wat cam ne kemalasan tahap maksima, dengan asignment berlambak-lambak. Memang lecturer berebut-rebut kan bagi asemen. Macam sepakat nak kenekan aku je. Huh.Terpaksa la ketuk ketak dekat microsoft word bukannya dekat www.blogger.com. Ni pun baru je lepas buat turorial akaun. Nasib ler amek akaun. Kene wat project agi, articles lagi plus tuturial. But its okay. Nama nya belajar kan. 


Sem ni baru je bejalan sebulan tapi duet mengalir macam air. Kaki merayap macam ni la. 2 minggu lepas selamat je duet abes 300+++ sebab pergi Thailand. This is our first vacation for this semester. Maybe next entry baru cite pasal Thailand. Ok bai..:)

Friday, February 3, 2012

sempena maulidur Rasul

assalamualaikum..


ari ni lepas-lepas Subuh dah dengar orang selawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Ni bukan aku yang dengar. Ibunda tercinta yang dengar. Beliau habaq je kat aku. Lepas semayang jumaat tadi, aku pulak yang dengar selawat dari masjid berdekatan dengan rumah. Pastu lepas maghrib dan lepas isyak pulak. yeah. Supprisingly, sebab ni kali pertama orang selawat before tarikh maulidur rasul Yeah. if i not mistaken, Mak aku cakap kita disunatkan selawat dalam bulan maulidur rasul ni. Aku rasa tenang sangat dengar orang selawat tiap kali lepas semayang ni, ya ALLAH syahdu sangat. Macam nak nangis je. Sebab teringat kemuliaan Rasulullah. Pastu teringat sunah-sunah yang jarang je aku buat. Ya ALLAH, rasa sangat jauh. Ada 7 sunah Rasulullah yang perlu kita jaga setiap hari. Tapi rasa sangat-sangat bersalah. Selalu tak mnyempat nak buat sunah-sunah ni. Kalau blog,facebook tak pernah lupa. Astaghfirullahalazim. Berdosanya aku..:(


tadi lepas solat isyak, mak ajak selawat . Mak siap cakap, ateh mesti tak reti selawat berlagu-lagu macam kat masjid. See the leg la mak. Jom aku cakap. Hehe. Then, mula-mula aku dengan mak je, pastu datang anak buah aku, kakcik aku ngan along aku join selawat. Seronoknya!! sukeee.. rasa umah full of deen. Lepas selawat, kiteorang baca asma ul husna, selawat syifa' dan zikir-zikir yang berkaitan. Alhamdulillah. Malam ni penuh dengan puji memuji Allah dan Rasulullah. InshaALLAH, next night will do it again. Love like this.