my sayangness

Friday, February 3, 2012

sempena maulidur Rasul

assalamualaikum..


ari ni lepas-lepas Subuh dah dengar orang selawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Ni bukan aku yang dengar. Ibunda tercinta yang dengar. Beliau habaq je kat aku. Lepas semayang jumaat tadi, aku pulak yang dengar selawat dari masjid berdekatan dengan rumah. Pastu lepas maghrib dan lepas isyak pulak. yeah. Supprisingly, sebab ni kali pertama orang selawat before tarikh maulidur rasul Yeah. if i not mistaken, Mak aku cakap kita disunatkan selawat dalam bulan maulidur rasul ni. Aku rasa tenang sangat dengar orang selawat tiap kali lepas semayang ni, ya ALLAH syahdu sangat. Macam nak nangis je. Sebab teringat kemuliaan Rasulullah. Pastu teringat sunah-sunah yang jarang je aku buat. Ya ALLAH, rasa sangat jauh. Ada 7 sunah Rasulullah yang perlu kita jaga setiap hari. Tapi rasa sangat-sangat bersalah. Selalu tak mnyempat nak buat sunah-sunah ni. Kalau blog,facebook tak pernah lupa. Astaghfirullahalazim. Berdosanya aku..:(


tadi lepas solat isyak, mak ajak selawat . Mak siap cakap, ateh mesti tak reti selawat berlagu-lagu macam kat masjid. See the leg la mak. Jom aku cakap. Hehe. Then, mula-mula aku dengan mak je, pastu datang anak buah aku, kakcik aku ngan along aku join selawat. Seronoknya!! sukeee.. rasa umah full of deen. Lepas selawat, kiteorang baca asma ul husna, selawat syifa' dan zikir-zikir yang berkaitan. Alhamdulillah. Malam ni penuh dengan puji memuji Allah dan Rasulullah. InshaALLAH, next night will do it again. Love like this. 

i love my dear girlfriend

assalamualaikum


pepagi lagi farah datang amek kat umah dalam pukul 10 pagi. Yeah. Catat rekod hari ni mandi paling awal sejak aku kat umah. Ni idak lagi mak tak bebel-bebel panjang memang tak ar nak mandi pagi-pagi buta. Sejuk giler kut. Umah kampung macam ni ler. Takde heater. Kalo ade memang 10 kali sehari aku mandi. hehe.

farah datang amek awal-awal pagi bawak pi pasar. Oh tidak kusangka kami sume dah besar. Dah mula pegi pasar beli bahan-bahan untuk masak. Yes. We are having a lunch together plus kami masak sendiri. Kat umah farah ni memang takde sape-sape kalo siang. Family dia sume keje. So, Umah dia da bole buat macam umah sendiri. Nak terpekik terlolong pon takde orang nak sound. Hahaa. 


ni time rayer 2011..lots of love
 Sebenarnya, lepas zohor kiteorang memang ade event dengan kawan-kawan yang lain. Kawan sekolah menengah. Same membesar nak jadi orang time sekolah menengah dulu. Time pakai kain biru, baju putih. Time bekejar-kejaran kat padang. Time kene denda tak siap homework. Dan masa tu la the relationship had just begun. The rest is history. Bila da cuti sem macam ni, memang seronok sangat because of what? i can meet my dear girlfriends. Yes of course i love them. Farah, ella, faezah, saba, yanie, mcda, mimi,noly,maktin,ain,piposh,zira. Zira ni tuan rumah yang kiteorang pegi lepak. Umah dia dekat sangat dengan pantai. Sebab tu kalo nak jumpa biasa buat kat umah dia. Bole p lepak pantai sama. 

Sampai-sampai je umah zira, terus salam ummi. Ummi ni mak kepada zira yang memang bahasakan diri nya ummi untuk kiteorang sume. Baik sangat. Siap dah siapkan spagethi lagi kat atas meja. Plus makanan-makanan lain. Aku pun bawak makanan jugak Takkan p umah orang dengan tangan kosong kut. Sungguh tidak sopan. Lepas salam ummi, terus duduk kat ruang tamu. yeah.The gossip just start. Perghh.. Memang sume duk sibuk nak story tak kira la story pasal sape pun. Tu belum kira part pasal kawen lagi tuh. Aku memang miss giler time-time macam ni bile otak serabut belajar kat uum. Biasanya satu sem sekali je bole buat bende-bende macam ni. Yela. time cuti final je bole jumpa sume. 

time bulan julai 2011.. always gathering..

Bila dah abes sembang kencang sambil makan-makan. bole tercekik tau makan sambil bersembang macam ni. sila jangan tiru. amaran keras!! HEhE terus pi semayang asar dan turun ke pantai..yuhuuuu.. angin kuat,cuaca mendung, desiran ombak..sangat-sangat best. Kawan aku siap buat shooting ombak rindu. siap jerit-jerit "en.hariz!en.hariz!" tiru past ombak rindu. Sangat la snegal kawan-kawan aku nie. Tapi sengal-sengal diaorang la buat aku rindu.huhu


p/s :: entry bakal bersambung