my sayangness

Tuesday, June 5, 2012

24 days more..

assalamualaikum..

alhamdulillah, first paper done petang tadi.. three more paper to go..next is 14 june. Tanak jauh plak kan. Tapi xpe, ade hikmah sebab paper ni tough so perlu komitmen masa yang lama tuk study. ALLAh knows better right..

sem ni inshaALLAH, will be my last semester as a degree student. Hopefully, everything going smoothly for final exam. Moga ALLAH permudahkan. amin..amin.. nak cepat-cepat abes belajar, nak cepat posting, nak balas jasa mak..promise! ateh tau ateh banyak susahkan mak..sob..sob..

lebih kurang dalam 24 ari lagi berada di bumi sintok. Menghitung hari-hari terakhir di sini. wuwu.. Sape tak seronok kan nak abes belajar. Lepas ni takde beban asemen+presentation+quizes right? tapi sedey giler kot nak tinggalkan kawan-kawan yang sama-sama susah senang. ciknab, roha, fas, mai, dyana, zana, yana, mam, acah, ain, zati,jah,fika,dayah, ops jemah (kiki) ,firus si pemberi nasihat. kwn2 edu acct yg lain, wafa,kina yg penah jadi rumate. Dan kwn-kwn uum yg kenal diri ini..hik3..we share our love here.Sama-sama membesar dan menjadi dewasa..erk dewasa sangat. Sungguh dengan angka empat taun tu, memberi beribu-ribu pengalaman pahit manis. and yes it really means to me. Kalo ingat-ingat kembali, macam mana boleh kenal, macam mane boleh rapat. dan tak sangka kami boleh berkongsi kasih syg. AND i really really love them..wuwu..

rasa nak bagi lambat-lambat je masa berlalu. Nak spent masa sama-sama dengan kawan-kawan. Sebab tu kalau boleh memang nak maksimumkan masa dengan kawan-kawan. nak hangout. Nak main jutaria especially ngn dyana,ciknab,mai,jah. Gelak-gelak. heppy sgt. Nanti maksimumkan tau kite main jutaria.sob.sob. Nak makan sama-sama. Nak lepak sama-sama. yeah,, im gonna gonna miss this. Nak tangkap gambar everytime kuar even pergi makan kat misc je pon. Sebab kenangan tu takkan datang dah..sob.sob. 



so, lagi 24 hari inshaALLAH nak penuhi dengan kenangan dan kegembiraan..Ya ALLAH, rahmatilah hubungan persahabatan kami. Sesungguhnya aku menyayangi mereka kerana mu ya ALLAH. i love them till jannah..:-)


Thursday, May 31, 2012

good luck =)

assalamualaikum..


just a quick update..very very long time tak update blog.. rasa nak menaip pon dah tak reti..
just want to wish here good luck for final exam.. especially teman-teman seperjuangan yang bakal menamatkan sisa-sisa akhir di uum.. do ur best, ALLAH will do the rest....:)



Monday, March 12, 2012

im back

assalamualaikum.. 


lama sudah tak hupdate blog. Bersawang dah blog ni. Nak wat cam ne kemalasan tahap maksima, dengan asignment berlambak-lambak. Memang lecturer berebut-rebut kan bagi asemen. Macam sepakat nak kenekan aku je. Huh.Terpaksa la ketuk ketak dekat microsoft word bukannya dekat www.blogger.com. Ni pun baru je lepas buat turorial akaun. Nasib ler amek akaun. Kene wat project agi, articles lagi plus tuturial. But its okay. Nama nya belajar kan. 


Sem ni baru je bejalan sebulan tapi duet mengalir macam air. Kaki merayap macam ni la. 2 minggu lepas selamat je duet abes 300+++ sebab pergi Thailand. This is our first vacation for this semester. Maybe next entry baru cite pasal Thailand. Ok bai..:)

Friday, February 3, 2012

sempena maulidur Rasul

assalamualaikum..


ari ni lepas-lepas Subuh dah dengar orang selawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Ni bukan aku yang dengar. Ibunda tercinta yang dengar. Beliau habaq je kat aku. Lepas semayang jumaat tadi, aku pulak yang dengar selawat dari masjid berdekatan dengan rumah. Pastu lepas maghrib dan lepas isyak pulak. yeah. Supprisingly, sebab ni kali pertama orang selawat before tarikh maulidur rasul Yeah. if i not mistaken, Mak aku cakap kita disunatkan selawat dalam bulan maulidur rasul ni. Aku rasa tenang sangat dengar orang selawat tiap kali lepas semayang ni, ya ALLAH syahdu sangat. Macam nak nangis je. Sebab teringat kemuliaan Rasulullah. Pastu teringat sunah-sunah yang jarang je aku buat. Ya ALLAH, rasa sangat jauh. Ada 7 sunah Rasulullah yang perlu kita jaga setiap hari. Tapi rasa sangat-sangat bersalah. Selalu tak mnyempat nak buat sunah-sunah ni. Kalau blog,facebook tak pernah lupa. Astaghfirullahalazim. Berdosanya aku..:(


tadi lepas solat isyak, mak ajak selawat . Mak siap cakap, ateh mesti tak reti selawat berlagu-lagu macam kat masjid. See the leg la mak. Jom aku cakap. Hehe. Then, mula-mula aku dengan mak je, pastu datang anak buah aku, kakcik aku ngan along aku join selawat. Seronoknya!! sukeee.. rasa umah full of deen. Lepas selawat, kiteorang baca asma ul husna, selawat syifa' dan zikir-zikir yang berkaitan. Alhamdulillah. Malam ni penuh dengan puji memuji Allah dan Rasulullah. InshaALLAH, next night will do it again. Love like this. 

i love my dear girlfriend

assalamualaikum


pepagi lagi farah datang amek kat umah dalam pukul 10 pagi. Yeah. Catat rekod hari ni mandi paling awal sejak aku kat umah. Ni idak lagi mak tak bebel-bebel panjang memang tak ar nak mandi pagi-pagi buta. Sejuk giler kut. Umah kampung macam ni ler. Takde heater. Kalo ade memang 10 kali sehari aku mandi. hehe.

farah datang amek awal-awal pagi bawak pi pasar. Oh tidak kusangka kami sume dah besar. Dah mula pegi pasar beli bahan-bahan untuk masak. Yes. We are having a lunch together plus kami masak sendiri. Kat umah farah ni memang takde sape-sape kalo siang. Family dia sume keje. So, Umah dia da bole buat macam umah sendiri. Nak terpekik terlolong pon takde orang nak sound. Hahaa. 


ni time rayer 2011..lots of love
 Sebenarnya, lepas zohor kiteorang memang ade event dengan kawan-kawan yang lain. Kawan sekolah menengah. Same membesar nak jadi orang time sekolah menengah dulu. Time pakai kain biru, baju putih. Time bekejar-kejaran kat padang. Time kene denda tak siap homework. Dan masa tu la the relationship had just begun. The rest is history. Bila da cuti sem macam ni, memang seronok sangat because of what? i can meet my dear girlfriends. Yes of course i love them. Farah, ella, faezah, saba, yanie, mcda, mimi,noly,maktin,ain,piposh,zira. Zira ni tuan rumah yang kiteorang pegi lepak. Umah dia dekat sangat dengan pantai. Sebab tu kalo nak jumpa biasa buat kat umah dia. Bole p lepak pantai sama. 

Sampai-sampai je umah zira, terus salam ummi. Ummi ni mak kepada zira yang memang bahasakan diri nya ummi untuk kiteorang sume. Baik sangat. Siap dah siapkan spagethi lagi kat atas meja. Plus makanan-makanan lain. Aku pun bawak makanan jugak Takkan p umah orang dengan tangan kosong kut. Sungguh tidak sopan. Lepas salam ummi, terus duduk kat ruang tamu. yeah.The gossip just start. Perghh.. Memang sume duk sibuk nak story tak kira la story pasal sape pun. Tu belum kira part pasal kawen lagi tuh. Aku memang miss giler time-time macam ni bile otak serabut belajar kat uum. Biasanya satu sem sekali je bole buat bende-bende macam ni. Yela. time cuti final je bole jumpa sume. 

time bulan julai 2011.. always gathering..

Bila dah abes sembang kencang sambil makan-makan. bole tercekik tau makan sambil bersembang macam ni. sila jangan tiru. amaran keras!! HEhE terus pi semayang asar dan turun ke pantai..yuhuuuu.. angin kuat,cuaca mendung, desiran ombak..sangat-sangat best. Kawan aku siap buat shooting ombak rindu. siap jerit-jerit "en.hariz!en.hariz!" tiru past ombak rindu. Sangat la snegal kawan-kawan aku nie. Tapi sengal-sengal diaorang la buat aku rindu.huhu


p/s :: entry bakal bersambung


Tuesday, January 31, 2012

yes..thats is my mom

12.27 am.Still wake up. Mata pon tak leh nak lelap. Padahal umah aku sunyi sepi dah sekarang ni. Sume tengah diulit mimpi indah. Kalo mimpi ngeri da jerit-jerit dah.Hehe. Nothing interesting today but still bersyukur ALLAH masih kurniakan nikmat bernafas dan masih memberi keizinan untuk menyedut udara di bumi ALLAH hari ni. 

dah masuk 2 hari pegi joging. Masih mampu mengekalkan kerajinan untuk berjoging. Pagi joging petang layan budak-budak main badminton. Ni kalo tak turun jugak berat badan tak tau la pasai ape. Lemak ni lemak tepu agaknye. Hehe. Disebabkan exercise yang terlebih-lebih plus buat dengan keadaan mengejut tak panaskan badan dulu amek kaw badan aku dah lenguh-lenguh. Urat-urat mula terasa tegang. Dan sekarang mulut aku tak berenti-renti merengek kat mak mintak urut. Makan pun tak selera. Guess what aku tak makan nasi langsung hari ni. Takde selera. Padahal mak masak lauk kegemaran kut ari ni. Sejak tengahari mak da tegur "ateh, makan nasi". Aku cakap jap lagi kenyang lagi. Lepas manghrib mak cakap lagi "ateh, tak makan lagi kan ari ni? tanak makan ker" Aku cakap nanti la. K0l 9 mak tegur lagi "kul berapa nak makan ni? takkan malam-malam baru nak makan? Aku cakap nanti. Kol 10 malam mak dah jerit ateh, turun makan. Sepantas kilat aku ke dapur. HAHA. 

sampai je dapur. Termenung je. Mak aku sangat pelik sebab anak dia yang sorang ni yang super duper kuat makan buat perangai pelik hari ni tak makan nasi. Yeah! Aku nampak muka mak aku risau sebab aku tak makan. Macam macam soklan dah kene interview ngan mak. Sakit perut ke sebab tu takde selera? Putus pakwe ke (saje nak ngusik even da tau aku tadak pakwe), pikir pasal pe takde selera nak makan? Aku cakap la kat mak, taktau la mak. Takde selera. Sebenarnya aku takde selera sebab badan-badan aku sakit. Tak lalu nak makan. Tapi mak aku sangat-sangat risau takut anak dia sakit. Siap tanya nak makan ape nanti mak masakkan. Yeah.. that is my MOM. i love her damn much. I cannot imaging my life without her. Plis ALLAH bless her always.. amin


Sunday, January 29, 2012

my plan..ahakx

assalamualaikum..

pagi yang indah aku hupdate blog. Even tak buat pape lagi keje umah. Sejak menjadi suri rumah tangga kat tangga mak aku nie memang kene buat la keje umah. Tak sampai hati nak suh mak aku buat keje EXCEPT masak. Aku belum mahir lagi masak mau tak lalu orang umah aku makan kalo aku yang masak. Aku baru lepas joging. You know what hari ni tetiba rajin nak p jog. Orang lain sibuk kat jalan raya nak anta anak p skolah, aku sibuk nak g tempat jog. Hehe. Ni sebab aku rasa lemak dah berkumpul yang memaksa aku suh gi jog. Even berat baru 48 kg tapi aku rasa dah gemuk. huh. Aku nak turun kan sampai 45 kg. That is my target!

sekarang memang orang sekeliling duk sibuk cakap pasal kawen. Adoi. Rimas aku. Ni sebab kene badi time cuti raye cina ari tu ramai sangat orang kawen termasuk la kawan aku sendiri. Abes sume berjangkit penyakit cerita pasal kawen dekat kawan aku dan umah aku sendiri. Hayak! Boring ler. Asyik tanya pasal dah berpunya belum, takdak pakwe ker, bile nak langsung, orang mana, hantaran. huh. Jenuh duk dengar sume tuu. Memang umo lepas mengundi memang patot er pikir pasal sume tu?? Bukan tak penah pikir, tipu la kalo cakap tak pikir sume tu.. Lagi-lagi umo da nak masuk 23. 23 okay? not more budak sekolah.. 

sape tanak end up of her life with heppy family here and after. Having a caring hubby plus   cutest baby or what so ever. Memang tu sume impian kut. Tapi buat masa ni malas lagi nak pikir sume tu sebab rasa bende tu jauh lagi kut. My target is nak keje dulu. Nak bagi mak and family tercinta heppy dulu. Spent my full time to my mom first. Nak balas jasa mak susah payah besar kan aku ni yang da 23 taun. And after that baru nak pikir pasal kawen. Kalo boleh tanak bercinta . Bila da ade orang propose, erk ade ker?? maybe la kan. suh masuk minang cepat-cepat but not right now!

tapi tu cuma planning la. Sapa boleh lawan takdir. Kalo esok lusa jodoh sampai nak wat cam mane kan. Kite hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya. And i pray, ALLAH temukan aku dengan jodoh yang soleh yang dapat bimbing dunia dan akhirat. Dan semoga ALLAH temukan jodoh dengan cara yag diredhai. amin..


Thursday, January 26, 2012

idaman kalbu

bila dah berada kat umah ni memang rajin sangat-sangat la mengupdate blog kan. Tenet sangat laju daripada biasa. Pagi-pagi pun layan jer update blog. Tapi lepas dah buat keje rumah la. Dah sapu sampah,jemur baju and so on. Aku kalo kat umah memang boleh je bangun awal, tapi kalo kat uum tuh macam ade batu bata je kat mata. Kantoii bangun lambat. Huh. 


tadi sambil-sambil mendownload cerita gemersik kalbu, terusha la jenis-jenis tepon canggih. Taktau la pasal ape gatal tangan dok bukak laman web tepon. Nak wat cam mane pakai hpon jenis cikai je. Rasa nak jugak tengok hapon canggoh2 ni even tak mampu nak beli lagi.sobs!Ni mesti kene badi masa time kenduri kawan aku ri tu, aku terjebak dengan satu game dekat hapon kawan aku. Best siot game tu. Yerla kan dah tpon samsung touch screen mesti la best. Aku ni da la kaki game. tengah-tengah dok usha tu, ade la tertengok satu hepon nokia model N8. Aku ni peminat tegar hepon nokia. Sony aku tak layan sangat. Kerek! HAHA. 


Mesti korang cakap, ceh hpon dah berkurun keluar, tak canggih la sume la. Memang la hpon ni da lame tak latest tapi hatiku terpaut kpd N8. perghhh..suke la sebab hpon ni camera dia cantek and banyak lagi function yang memang menjadi idaman kalbu. huhu.


ni kalo dapat satu ni memang tak tido malam ni


Nokia N8 boleh didapati dengan warna warna di atas. Aku adore giler dengan the white and the blue one. Cantek nye. Kire nya termasuk dalam wishlist jugak la mende nie. Bile ntah bole dapat nie. sobs!











Wednesday, January 25, 2012

just married

assalamualaikum..

dah bape minggu tak update blog.Sekarang aku dah sampai kat umah.Lepas da berhempas pulas dengan final exam tu ari. Tarikh 14 januari berakhirnya final exam dan officially end of semester 7. One more sem to go! Lepas je exam malam tu terus berangkat pulang ke kg tercinta. Tapi untuk beberapa hari je. 19 Januari berangkat pulak ke kalantan. 

JENG!JENG! just married tajuk kat atas tu bukan untuk aku.Bukan aku pun yang kawen. The title is for my best friend's wedding. She already married with her hubby! im heppy for her. Aku berangkat ke kelantan tu sempena nak rewang dia punye kenduri plus jalan-jalan kat kelantan. Even kelantan tu sangat la dekat dengan terengganu, tapi dah lame kut tak jejak kelantan. Kalo jejak pon time aku lalu nak balik kedah or dari kedah nak balik ganu. 

masa kat kelantan, ade la jalan-jalan dekat rantau panjang. last aku pegi rantau panjang time sekolah dulu.time muda mudi dulu. Masa berada kat kelantan tuh,ade la pegi sane. makk aiii memang salah tarikh la 

aku pegi time tu.. ramai giler org! sebab nye time cuti, memang berduyun-duyun la orang kat sane. dengan panas terik. sabar je la.belum panas kat akhirat lagi tuh..takotnyee..tapi even panas-panas terik tu, sempat jugak aku grab tudung. tu pon di taja sepenuhnya oleh mak aku. haish, kalo la duet aku sendiri, mau berkoyan-koyan jugak aku shopping. siap berkenan kat beg lagi. Tapi next time aje la aku beli. Kali ni tak mampu..hikhik

muka tahan kepanasan

dimana-mana je aiskrim tetap di hati
erk..melalut lebih ni..punye la nak buat entry pasal kawen.ok, back to the topic. Untung la dia kawen awal, jodoh sampai awal. Orang kata banyak kelebihan kalo kawen awal nie.Contohya, as a girl, bole menjaga maruah. yer la kan, perempuan kalo dah bersuami maruah dia akan lebih terjaga. Kawen awal jugak untung sebab masa muda ni kita senang nak belajar perkara baru means senang nak adapt perubahan bila berumahtangga or nak belajar ilmu rumahtangga lagi senang time muda.. tapi, bagi aku, aku rasa aku sendiri tak mampu lagi nak memikul tanggungjawab as a WIFE! masak pon tak reti, takkan nak bagi anak orang makin pasir..huhu..tunggu la bila dah bersedia, bila dah sampai jodoh. Sooner or later inshaALLAH akan kawen.

during the rewang day

again..orang kuat dapur..hik3
so, to my BFF zati, congrates on ur wedding. Selamat berbahagia di samping hubby tercinta. Selamat menempuh alam rumah tangga. Cepat-cepat bagi anak sedare kat ju tau! and last but not least semoga jodoh berkekalan sampai syurga..amin..there are some photo taken during the wedding..SOME la sangat actually beratus gambar!..hehe..let the pictures tells the story..tengs


during the akad...'sah' jadi isteri org

the BIG day!
with the raja sehari..hehehe
 
the pengantin..nice..
 


Wednesday, January 11, 2012

hepy befday dear

assalamualaikum..dan selamattt pagi..

today is 11/1/2012..today is siti nurhaliza's befday right? mesti dapat hadiah berjuta-juta lagi dari suami tercenta..seronok diaa..aku ni nak dapat hadiah bernilai ribuan ringgit pon belum tentu dapat aih..huhuu..soobsss..ni tacing nie..before melalut lebih panjang, i would to wish hepy befday dato siti nurhaliza yang keeee.. yang ke berapa ntah.. aku pon tak amek tau..semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki serta dilimpahi hidayahNYA ..aminn..

sebenarnya bukan entry pasai siti nie..hari ni jugak befday my lovely baby sarah nabilah..hepy 8th befday sayang.. dah besar pon anak buah ateh nie.. sekolah pon dah darjah dua.. even dah tak layak dipanggil baby, but she will be the baby in the house sampai besar la kut..sume sedara mara,jiran tetangga, kawan-kawan abang-abang and kakak dia, kawan-kawan ateh dia sendiri pon panggil ADIK! dan kat umah aku sendiri pon ade panggil dia BABY..sangat la manja budak nie..sekali kene marah amek kaw merajuk nye sampai berjam..mak aku cakap perangai dia merajuk and nangis-nangis lame-lame ni ikut perangai ateh dia..aku le tuuu..yeke mak? macam tak caye je perangai ateh buruk macam tuu..teeeettt..HAHA

ateh paksa dia amek gamba candid!
teringat masa dia baru nak masuk alam belajar..masa lima taun nak masuk tadika..mak aiiiihhh...menangis kut tanak mama dia tinggal waktu pi antar gi tadika..berbulan jugak la mama dia masuk sekolah tadika ngan dia..nasib baik la x sampai 4 5 bulan..sabar je laaa..sampai ke abes tadika umo 6 taun, the habit is sampai pintu pagar, cikgu dia akan dukung dia bawak masuk ke kelas..manja teramattttt...nasib baik ko kecik dek, ade jugak orang nak dukung kau..kalo tak, mau makan penampar ngan cikgu kau agak nye..hohoho...


budak teknologi,gini la jadik nye
tapi sekarang da darjah dua..da tak buat perangai-perangai macam tu..im proud of u dear! dah boleh berdikari even sekolah pon kene g amek and anta lagi..tapi mama dia dah tak masuk sekolah sama dah..dan perangai pon semakin nakal mengusik aunty-aunty dia..terutama ateh dia, acik, ngan ucu dia..hishh..da pandai main msg kat fon..msg ngan aunty-aunty dia je la..aku mase form four kut baru kenal nset..budak teknologi macam nie ler.. ade tu pandai-pandai bukak msg aku..dan bace kuat-kuat! geramm je aku..mulut pon makin becok, makin pandai menjawab..huhu



so, sempena befday yang ke lapan.. i would like to wish u hepi befday day my dear sarah.. may ALLAH bless you here and after.. semoga berjaya didunia dan diakhirat serta menjadi anak yang solehah..amin..jangan nakal-nakal yer..nanti balik ateh beli hadiah okay?..miss and love u damn much..!!
hopefully the success would be yours sayang..i always pray for  u..dia kate nak jadi doktor~plis pray for her too..:)




Tuesday, January 10, 2012

voucher satu malaysia

jam menunjukkan 2.30 pagi..yes..im still wake up even mata sangat ngantuk.. tahan je mata nak study audit nie..study la sangat kan..take 5 update blog..rumate dah tido terbongkang..ughhh..jeles yang amat tengok dia bersenang lenang tido..tinggal la chek bertapa sorg2 kat katil..tak study kat meja study pon sebab berselimut bagai suasana sangat sejuk!..

dalam pukul 8.30 malam tadi da dapat voucher~betui ke dak eja cam nie?? voucer satu malaysia untuk pelajar-pelajar..200 engkau dia bagi.. tapi kene beli buku-buku je, bende lain no way..kire nya sah untuk kedai buku jela..tapi dengar kate bole beli novel..bersinar terus mata aku!..hahhaa..agak la buku ape aku nak beli sem depan da la sem last..aku ni jenis pemalas tahap tak ingat nak bace buku..memang tak ar nak beli-beli buku tuuu..punye la panjang beratur nak amek voucher tuh..almaklum lah dua kaunter je bukak untuk bape ribu budak kolej aku nie..selamat aku turun awal sikit, takde la kejung kaki aku beratur panjang-panjang..

tadi petang balik dari kelas aerobik, lalu la depan-depan bilik..pastu terusha skit bilik budak-budak kolej aku nie.,sape suh bukak pintu macam nak sambut raja datang..dah mata aku terusha bilik dia..sangat la jeles..bilik mereka tinggal barang lagi skit je..means sume dah dihangkut ke stor simpan barang..nampak sangat exam dyeorg dah abes..sebab aku tengok, tengah kemas-kemas nak berambus je dari bilik..jelesnye...dah nak balik kg dah dyeorg..aku nie,lagi dua paper menanti.. lagi la jeles bila tengok sorg-sorg manrik beg troli menuju ke bus stop!! huwaaaa...rasa nak nangis guling-guling tang tu jugak je..sooobs!
sabar3!!..bagi can la diaorg balik awal..hehehe..xpe3...aku lagi berapa hari lagi pon..and then i will gonna leave uum..untuk bercuti selama sebulan..bukan dah abes terus..huhu

okla..terover pulak dari 5 minit!papaaaaii

Monday, January 9, 2012

mummy!

assalamualaikum..yess..again berpoya-poya..baru baca satu chapter setengah notes audit..susahnya nak ingat act-act segala bagai nie.. ni pon stop sekejap sebab mata ngantuk sangat-sangat.macam ade orang masukkan ubat tido je dalam makanan aku nie..ni kalo aku tido alamatnya sampai subuh terus..takde maknenya nak bangun study balik..huhu..

2paper ni susah sangat aku nak maintainkan study,,bace pon susah nak masuk.. taktau la dosa ape yang dibuat.hayoookk..ya ALLAH..permudahkanlah aku..ampuni dosa-dosa ku..two next paper are audit paper and advance management accounting..hamek kaw..advance tu..dah super senoir takkan nak belajar bende2 basic lagi..tapi sausah gilerrrr paper-paper nie..haram tak faham nota-nota dia..memang aku kawan dengan cik google translate je la study dua paper nie..

petang tadi dah mintak tolong kawan belikan tiket..14 januari last paper, dan malamnye terus balik kg..tanak aku bertapa lama-lama kat uum..sekarang kepala duk pikir nak balik umah je.. i miss my family badly..especially my mom!!..sobbsssss..tak sabar nak balik umah..pastu nak g jalan-jalan kat pantai..amek angin tenangkan fikiran..pastu nak main layang-layang macam budak xcukup umor..sronokk!! and i miss my my mum hugs..:(..saboo.beberapa hari je lagii...

okla..thats all..nite


that all...papaii..

Sunday, January 8, 2012

TENTANG DHIA

even minggu exam sekalipon kalo kaki tengok drama melayu, takleh nak tinggai.. hish..ape nak jadi..note baru bace bape kerat je..kerisauan melanda tapi tak de usaha pon nak gigih study..bile gap jauh macam nie mula nak berpoya-poya je keje..

straight to the point, dari malam tadi berusaha untuk habeskan tengok tentang dhia yang 30 episod tu..fulamakkkkk...memang banyak giler dia punye episod..almatnye 30jam aku kene mengadap laptop tuh..tapi kalo sebut drama melayu,layan je aku..tapi takdela non stop aku tgk..dari semalam sampai ari ni..aku berjaya abeskan 18 episod..kire otai gak ar aku..bole tgk 18 episod dalam masa tak sampai 24jam..mane nye tak otai, mengadap je keje..orang datang bilik pon buat derk jer..


tengok cite ni baru bape episod, dah meleh-leleh airmata..lucky, my rumate tido terbongkang..kalo tak mau nye kene bahan sebab nangis tengok cite nie..for me, cite ni bagus sangat..ade unsur islamik..ayat-ayat dhia tu macam best je..satu ayat yang aku tertarik "cinta ni bukan untuk kite berdua je, tapi untuk semua"..lebih kurang macam ni la ayat dia..aku suke ayat ni sebab relate je rase.. means love is not happen between two person, it includes the peoples around us ..especially parents+family.. jangan disebabkan terlalu cinta kan seseorang kita nak abaikan orang sekekeling..jangan selfish sangat..bak kate DHIA "cinta tanpa restu ibarat jasad tak bernyawa".. aku sendiri pon nanti, inshaALLAH kalo nak kawen aku tanak belakangkan pandangan family aku..i want the best choice for us...not only for me..tapi bilakah masa itu datang?? soonerr or later it will come bila jodoh dah sampai..inshaALLAh..

tentang dhia ni sangat bagus sebab bukan saja pasal cinta, tapi banyak pengajaran yang boleh diamek..so, sape2 yang tak tengok masa kat tv3 tu hari, sila la download..tak rugi tengok cite nie..tapi siap sedia ngan tisu..kompen meleh..taktau la kalo aku sorang je yang   meleleh tak bertempat..hohooh...

okla..terpanjang pulak,,im off..niteee..:)

Friday, January 6, 2012

lepas dua azab

assalamualaikum..
malam ni sempat menghupdate blog..sebab malam ni malam untuk bersuka ria..means tak payah study malam nie..malam ni je tak study..janjii..hehhe..malam ni nak berpoya-poya sebab lagi semnggu baru next paper..orang lain pun lagi seminggu gak next paper, takdenya bersenang lenang macam aku nie..HAHA


petang tadi berakhirnya paper ke 2 aku..da lepas dua azab final exam..2 more papers to go!! fightingggg! about the two paper done, tak tau la nak cakap macam mane..susah tu memang ler susah..takde nye senang kalo bagi aku nie... sebab soalan sangat mengelirukan. memang aku menghargai giler-giler 3 jam dan 2 jam untuk jawab 2 paper tuh..sehingga ke titisan terakhir aku menulis..haish..takot ler nak tgk rezult soon..:(..tapi aku da berusaha sehabis baik, sehabis baik ke JUE? so, sekarang tawakal je pada ALLAH..doa banyak-banyak..hopefully the rezult would be okey..:)


the next two papers is on 13 and 14 of JANUARY..tak lame dah pun..tapi aku ni jenis memang suke sangat study last minute..pastu mula la menggelabah bile banyak lagi chapter yang tak cover.. pastu mula merengek-rengek cuak la, takot la, penat la, tak sempat study la..macam-macam..dari awal tanak study kan..tu la orang cakap, tak menghargai peluang yang ade..macam aku ni ler..


so, malam nie...aku memang nak rehatkan otak,rehatkan badan, rehatkan mata..esok bangun pagipagi baru nak study for the next paper.. malam ni enjoy la puas2!! hehee


okla,, need to stop..nak layan hindustan jap..aaaaahaaaaaaa...kabhi kushi kabhi igamm...:D