my sayangness

Thursday, May 31, 2012

good luck =)

assalamualaikum..


just a quick update..very very long time tak update blog.. rasa nak menaip pon dah tak reti..
just want to wish here good luck for final exam.. especially teman-teman seperjuangan yang bakal menamatkan sisa-sisa akhir di uum.. do ur best, ALLAH will do the rest....:)



Monday, March 12, 2012

im back

assalamualaikum.. 


lama sudah tak hupdate blog. Bersawang dah blog ni. Nak wat cam ne kemalasan tahap maksima, dengan asignment berlambak-lambak. Memang lecturer berebut-rebut kan bagi asemen. Macam sepakat nak kenekan aku je. Huh.Terpaksa la ketuk ketak dekat microsoft word bukannya dekat www.blogger.com. Ni pun baru je lepas buat turorial akaun. Nasib ler amek akaun. Kene wat project agi, articles lagi plus tuturial. But its okay. Nama nya belajar kan. 


Sem ni baru je bejalan sebulan tapi duet mengalir macam air. Kaki merayap macam ni la. 2 minggu lepas selamat je duet abes 300+++ sebab pergi Thailand. This is our first vacation for this semester. Maybe next entry baru cite pasal Thailand. Ok bai..:)

Friday, February 3, 2012

sempena maulidur Rasul

assalamualaikum..


ari ni lepas-lepas Subuh dah dengar orang selawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Ni bukan aku yang dengar. Ibunda tercinta yang dengar. Beliau habaq je kat aku. Lepas semayang jumaat tadi, aku pulak yang dengar selawat dari masjid berdekatan dengan rumah. Pastu lepas maghrib dan lepas isyak pulak. yeah. Supprisingly, sebab ni kali pertama orang selawat before tarikh maulidur rasul Yeah. if i not mistaken, Mak aku cakap kita disunatkan selawat dalam bulan maulidur rasul ni. Aku rasa tenang sangat dengar orang selawat tiap kali lepas semayang ni, ya ALLAH syahdu sangat. Macam nak nangis je. Sebab teringat kemuliaan Rasulullah. Pastu teringat sunah-sunah yang jarang je aku buat. Ya ALLAH, rasa sangat jauh. Ada 7 sunah Rasulullah yang perlu kita jaga setiap hari. Tapi rasa sangat-sangat bersalah. Selalu tak mnyempat nak buat sunah-sunah ni. Kalau blog,facebook tak pernah lupa. Astaghfirullahalazim. Berdosanya aku..:(


tadi lepas solat isyak, mak ajak selawat . Mak siap cakap, ateh mesti tak reti selawat berlagu-lagu macam kat masjid. See the leg la mak. Jom aku cakap. Hehe. Then, mula-mula aku dengan mak je, pastu datang anak buah aku, kakcik aku ngan along aku join selawat. Seronoknya!! sukeee.. rasa umah full of deen. Lepas selawat, kiteorang baca asma ul husna, selawat syifa' dan zikir-zikir yang berkaitan. Alhamdulillah. Malam ni penuh dengan puji memuji Allah dan Rasulullah. InshaALLAH, next night will do it again. Love like this. 

i love my dear girlfriend

assalamualaikum


pepagi lagi farah datang amek kat umah dalam pukul 10 pagi. Yeah. Catat rekod hari ni mandi paling awal sejak aku kat umah. Ni idak lagi mak tak bebel-bebel panjang memang tak ar nak mandi pagi-pagi buta. Sejuk giler kut. Umah kampung macam ni ler. Takde heater. Kalo ade memang 10 kali sehari aku mandi. hehe.

farah datang amek awal-awal pagi bawak pi pasar. Oh tidak kusangka kami sume dah besar. Dah mula pegi pasar beli bahan-bahan untuk masak. Yes. We are having a lunch together plus kami masak sendiri. Kat umah farah ni memang takde sape-sape kalo siang. Family dia sume keje. So, Umah dia da bole buat macam umah sendiri. Nak terpekik terlolong pon takde orang nak sound. Hahaa. 


ni time rayer 2011..lots of love
 Sebenarnya, lepas zohor kiteorang memang ade event dengan kawan-kawan yang lain. Kawan sekolah menengah. Same membesar nak jadi orang time sekolah menengah dulu. Time pakai kain biru, baju putih. Time bekejar-kejaran kat padang. Time kene denda tak siap homework. Dan masa tu la the relationship had just begun. The rest is history. Bila da cuti sem macam ni, memang seronok sangat because of what? i can meet my dear girlfriends. Yes of course i love them. Farah, ella, faezah, saba, yanie, mcda, mimi,noly,maktin,ain,piposh,zira. Zira ni tuan rumah yang kiteorang pegi lepak. Umah dia dekat sangat dengan pantai. Sebab tu kalo nak jumpa biasa buat kat umah dia. Bole p lepak pantai sama. 

Sampai-sampai je umah zira, terus salam ummi. Ummi ni mak kepada zira yang memang bahasakan diri nya ummi untuk kiteorang sume. Baik sangat. Siap dah siapkan spagethi lagi kat atas meja. Plus makanan-makanan lain. Aku pun bawak makanan jugak Takkan p umah orang dengan tangan kosong kut. Sungguh tidak sopan. Lepas salam ummi, terus duduk kat ruang tamu. yeah.The gossip just start. Perghh.. Memang sume duk sibuk nak story tak kira la story pasal sape pun. Tu belum kira part pasal kawen lagi tuh. Aku memang miss giler time-time macam ni bile otak serabut belajar kat uum. Biasanya satu sem sekali je bole buat bende-bende macam ni. Yela. time cuti final je bole jumpa sume. 

time bulan julai 2011.. always gathering..

Bila dah abes sembang kencang sambil makan-makan. bole tercekik tau makan sambil bersembang macam ni. sila jangan tiru. amaran keras!! HEhE terus pi semayang asar dan turun ke pantai..yuhuuuu.. angin kuat,cuaca mendung, desiran ombak..sangat-sangat best. Kawan aku siap buat shooting ombak rindu. siap jerit-jerit "en.hariz!en.hariz!" tiru past ombak rindu. Sangat la snegal kawan-kawan aku nie. Tapi sengal-sengal diaorang la buat aku rindu.huhu


p/s :: entry bakal bersambung


Tuesday, January 31, 2012

yes..thats is my mom

12.27 am.Still wake up. Mata pon tak leh nak lelap. Padahal umah aku sunyi sepi dah sekarang ni. Sume tengah diulit mimpi indah. Kalo mimpi ngeri da jerit-jerit dah.Hehe. Nothing interesting today but still bersyukur ALLAH masih kurniakan nikmat bernafas dan masih memberi keizinan untuk menyedut udara di bumi ALLAH hari ni. 

dah masuk 2 hari pegi joging. Masih mampu mengekalkan kerajinan untuk berjoging. Pagi joging petang layan budak-budak main badminton. Ni kalo tak turun jugak berat badan tak tau la pasai ape. Lemak ni lemak tepu agaknye. Hehe. Disebabkan exercise yang terlebih-lebih plus buat dengan keadaan mengejut tak panaskan badan dulu amek kaw badan aku dah lenguh-lenguh. Urat-urat mula terasa tegang. Dan sekarang mulut aku tak berenti-renti merengek kat mak mintak urut. Makan pun tak selera. Guess what aku tak makan nasi langsung hari ni. Takde selera. Padahal mak masak lauk kegemaran kut ari ni. Sejak tengahari mak da tegur "ateh, makan nasi". Aku cakap jap lagi kenyang lagi. Lepas manghrib mak cakap lagi "ateh, tak makan lagi kan ari ni? tanak makan ker" Aku cakap nanti la. K0l 9 mak tegur lagi "kul berapa nak makan ni? takkan malam-malam baru nak makan? Aku cakap nanti. Kol 10 malam mak dah jerit ateh, turun makan. Sepantas kilat aku ke dapur. HAHA. 

sampai je dapur. Termenung je. Mak aku sangat pelik sebab anak dia yang sorang ni yang super duper kuat makan buat perangai pelik hari ni tak makan nasi. Yeah! Aku nampak muka mak aku risau sebab aku tak makan. Macam macam soklan dah kene interview ngan mak. Sakit perut ke sebab tu takde selera? Putus pakwe ke (saje nak ngusik even da tau aku tadak pakwe), pikir pasal pe takde selera nak makan? Aku cakap la kat mak, taktau la mak. Takde selera. Sebenarnya aku takde selera sebab badan-badan aku sakit. Tak lalu nak makan. Tapi mak aku sangat-sangat risau takut anak dia sakit. Siap tanya nak makan ape nanti mak masakkan. Yeah.. that is my MOM. i love her damn much. I cannot imaging my life without her. Plis ALLAH bless her always.. amin


Sunday, January 29, 2012

my plan..ahakx

assalamualaikum..

pagi yang indah aku hupdate blog. Even tak buat pape lagi keje umah. Sejak menjadi suri rumah tangga kat tangga mak aku nie memang kene buat la keje umah. Tak sampai hati nak suh mak aku buat keje EXCEPT masak. Aku belum mahir lagi masak mau tak lalu orang umah aku makan kalo aku yang masak. Aku baru lepas joging. You know what hari ni tetiba rajin nak p jog. Orang lain sibuk kat jalan raya nak anta anak p skolah, aku sibuk nak g tempat jog. Hehe. Ni sebab aku rasa lemak dah berkumpul yang memaksa aku suh gi jog. Even berat baru 48 kg tapi aku rasa dah gemuk. huh. Aku nak turun kan sampai 45 kg. That is my target!

sekarang memang orang sekeliling duk sibuk cakap pasal kawen. Adoi. Rimas aku. Ni sebab kene badi time cuti raye cina ari tu ramai sangat orang kawen termasuk la kawan aku sendiri. Abes sume berjangkit penyakit cerita pasal kawen dekat kawan aku dan umah aku sendiri. Hayak! Boring ler. Asyik tanya pasal dah berpunya belum, takdak pakwe ker, bile nak langsung, orang mana, hantaran. huh. Jenuh duk dengar sume tuu. Memang umo lepas mengundi memang patot er pikir pasal sume tu?? Bukan tak penah pikir, tipu la kalo cakap tak pikir sume tu.. Lagi-lagi umo da nak masuk 23. 23 okay? not more budak sekolah.. 

sape tanak end up of her life with heppy family here and after. Having a caring hubby plus   cutest baby or what so ever. Memang tu sume impian kut. Tapi buat masa ni malas lagi nak pikir sume tu sebab rasa bende tu jauh lagi kut. My target is nak keje dulu. Nak bagi mak and family tercinta heppy dulu. Spent my full time to my mom first. Nak balas jasa mak susah payah besar kan aku ni yang da 23 taun. And after that baru nak pikir pasal kawen. Kalo boleh tanak bercinta . Bila da ade orang propose, erk ade ker?? maybe la kan. suh masuk minang cepat-cepat but not right now!

tapi tu cuma planning la. Sapa boleh lawan takdir. Kalo esok lusa jodoh sampai nak wat cam mane kan. Kite hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya. And i pray, ALLAH temukan aku dengan jodoh yang soleh yang dapat bimbing dunia dan akhirat. Dan semoga ALLAH temukan jodoh dengan cara yag diredhai. amin..


Thursday, January 26, 2012

idaman kalbu

bila dah berada kat umah ni memang rajin sangat-sangat la mengupdate blog kan. Tenet sangat laju daripada biasa. Pagi-pagi pun layan jer update blog. Tapi lepas dah buat keje rumah la. Dah sapu sampah,jemur baju and so on. Aku kalo kat umah memang boleh je bangun awal, tapi kalo kat uum tuh macam ade batu bata je kat mata. Kantoii bangun lambat. Huh. 


tadi sambil-sambil mendownload cerita gemersik kalbu, terusha la jenis-jenis tepon canggih. Taktau la pasal ape gatal tangan dok bukak laman web tepon. Nak wat cam mane pakai hpon jenis cikai je. Rasa nak jugak tengok hapon canggoh2 ni even tak mampu nak beli lagi.sobs!Ni mesti kene badi masa time kenduri kawan aku ri tu, aku terjebak dengan satu game dekat hapon kawan aku. Best siot game tu. Yerla kan dah tpon samsung touch screen mesti la best. Aku ni da la kaki game. tengah-tengah dok usha tu, ade la tertengok satu hepon nokia model N8. Aku ni peminat tegar hepon nokia. Sony aku tak layan sangat. Kerek! HAHA. 


Mesti korang cakap, ceh hpon dah berkurun keluar, tak canggih la sume la. Memang la hpon ni da lame tak latest tapi hatiku terpaut kpd N8. perghhh..suke la sebab hpon ni camera dia cantek and banyak lagi function yang memang menjadi idaman kalbu. huhu.


ni kalo dapat satu ni memang tak tido malam ni


Nokia N8 boleh didapati dengan warna warna di atas. Aku adore giler dengan the white and the blue one. Cantek nye. Kire nya termasuk dalam wishlist jugak la mende nie. Bile ntah bole dapat nie. sobs!