my sayangness

Tuesday, February 18, 2014

itu yang terbaik..

assalamualaikum..

baru je lepas siapkan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) untuk esok. Ada kerajinan di situ. Gigih sangat malam ni. Bukan ape kalo nak tunggu hari jumaat baru nak siapkan memang tak cukup tanah la aku menulis. Esok kene mengajar tatabahasa dan karangan. Seriuosly, aku tak reti nak ajar Bm. Bukan opsyen aku. Bukan jiwa aku. Bukan kemahiran aku Bm ni. BM ni sangat susah nak ajar. Orang yang betul-betul mahir dan minat sahaja boleh ajar BM ni. Bukan apa, bahasa sangat complicated nak ajar dan terang. Yer, aku cuba mengajar dengan baik. Tapi at the same time aku sendiri tak puas hati bile aku mengajar, Sebab aku memang tak reti nak explain more kepada budak-budak. Aku hanya menyampaikan fakta dan beberapa contoh. Dan yang selebihnya, berserah. Huhuhu..

sapa tak kecewa tak dapat ajar ape yang kita minat? tak dapat ajar ape yang kita belajar dulu. Tapi nak wat macam mana, memang kene mengajar bukan opsyen. Ape yang ALLAH bagi tu adalah terbaik untuk hambanya. Mungkin tak dapat opsyen lagi sebab ALLAH nak bagi aku belajar dan kutip pengalaman dalam bidang bahasa dulu, ye dak? Be positive. Yang penting kita cuba lakukan yang terbaik di samping berdoa ALLAH permudahkan urusan kita. InshaALLAH one day aku dapat ajar opsyen sendiri. Ameen,,ameen.. 

baru masuk 8 bulan jadi cikgu. Kenapa rasa penat sangat ni? Macam mana nak survive sampai 60 taun ni? Aigo.aigo. Takpe takpe. Mula mula je. Lepas ni inshaALLAH everything will be oke. Biasa la baru nak adapt. :)

Semoga dipermudahkan urusan sentiasa..




No comments:

Post a Comment